EL-THAREQ

Selasa, 12 Juli 2011

Sorotan Total Ulama Salaf; Koreksi Terhadap Hadits, Filsafat, Sastra dan Kisah-Kisah populer

Benarkah Nahjul Balaggah disandarkan kepada Ali bin Abi Talib? Kerana di dalamnya terdapat cacian dan makian terhadap sahabat Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Sedangkan kita semua tahu betapa Ali mencintai Abu Bakar dan Umar sehingga menamakan anak-anaknya dengan nama mereka berdua. Semoga Allag redha kepada sahabat-sahabat Nabi.
Imam Adz-Dzahabi (semoga Allah merahmatinya) menjelaskan bahawa penulis Nahjul Balaggah ialah ahli kalam, Rafidhah (Syiah) dan Muktazilah. Ini beliau nyatakan dalam kitab beliau Mizan al-I’tidal.
Sorotan ini merupakan secubit intipati buku yang sedang dibicarakan. Sekali pandang tiada daya tarikan pada buku ini. Namun selepas dibelek dan teliti, ternyata ia termasuk dalam buku-buku yang saya cari.
Pengarang, Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad Sadhan menghimpunkan komentar sarjana dan intelektual Islam terhadap lebih 40 kitab. Antara kitab yang dibicarakan selain Nahjul Balaghah ialah :
  • Ruh karangan Ibnu Qayyim al-Jawziyah
  • al-Kabair karangan Adz-Dzahabi
  • Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali
  • An-Nubuwah wal-Anbiya oleh Muhammad Ali As-Shabuni
  • Sahfwah al-Tafasir oleh Muhammad Ali As-Shabuni
Bahagian kedua pula, pengarang kitab ini menyorot beberapa kisah-kisah yang dipertikaikan kesahihannya. Ini antara yang penting lebih-lebih lagi kepada penceramah agama dan juga penulis-penulis buku agama. Dengan tidak segan silu, ramai juga penceramah dan penulis buku agama menyandarkan kisah-kisah yang tidak sahih demi menyedapkan cerita dan melariskan buku.
Antara kisah-kisah yang dipertikaikan dan sering digunakan oleh pendakwah hari ini termasuklah :
  • Alqamah derhaka kepada ibunya. Imam Ibnu Jauzi memasukkan hadis kisah ini kedalam kitab hadis palsu beliau yang berjudul, al-Maudhuat.
  • Thariq bin Ziyad membakar perahu-perahu
  • Perkataan Ali kepada Abdurrahman bin Auf  selepas Membaiat Uthman.
  • Kisah Ibnu Battutah dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Termasuk juga di dalamnya kritikan terhadap kisah sejaran moden seperti :
  • Tragedi “Holocaust” yang dibakar
  • Penemuan Tanjung Harapan Oleh Vasco Da Gama

Dua bahagain lain termuat dalam buku ini ialah Tokoh-Tokoh Dalam Sorotan dan Hadis-Hadis Dalam Sorotan.
Sorotan Total Ulama Salaf ; Koreksi Terhadap Hadis-hadis, Filosof, Sasterawan, Kisah dan Kitab-kitab Popular
Judul Asal : Kutubun, Akhbarun, Rijalun, Ahadis Tahta Mijhar
Penulis : Abdul Aziz bin Muhammad as-Sadhan
Terjemahan : Ibnu Abi
Penerbit : Pustaka As-Sunnah

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites